Singapura negara pertama ASEAN catat 40,000 kes Covid-19

0
161
Gambar hiasan.

SINGAPURA – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Singapura kini melepasi 40,000 kes jangkitan Covid-19 dengan 347 kes baharu dalam tempoh 24 jam terakhir setakat hari ini.

Memetik laporan Agensi seperti dipetik Berita Harian, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata, ia merangkumi lima kes dalam masyarakat termasuk dua warga Singapura dan tiga pemegang pas kerja manakala secara umumnya, pekerja asing di asrama pekerja kekal sebagai kluster terbesar.

Setakat hari ini Singapura mencatatkan 40,197 kes jangkitan Covid-19 iaitu yang tertinggi di ASEAN.

Kes baharu dalam kalangan masyarakat meningkat sejak Singapura melonggarkan perintah larangan secara berperingkat minggu lalu, daripada purata enam kes sehari dua minggu lalu kepada sembilan kes sehari sejak tujuh hari lalu.

Secara purata, jumlah pesakit yang tiada kontak dengan pesakit lain juga meningkat daripada seorang sehari kepada empat orang sehari sepanjang tempoh sama.

Setakat ini, 25 orang disahkan maut di Singapura akibat Covid-19 manakala 10 lagi terkorban akibat komplikasi lain ketika menerima rawatan bagi virus itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here