
KEMPEN Utamakan Produk Muslim atau Buy Muslim First (BMF) yang dilancarkan tahun lalu tidak pernah surut.
Walaupun negara dilanda wabak Covid-19 apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, kempen berkenaan tetap diteruskan dengan sokongan umat Islam membeli produk-produk usahawan Muslim.
Umum mengetahui sejak pelancaran pusat beli belah Muslim pertama, Malakat Mall pada 14 Mac lalu, sokongan padu ditunjukkan masyarakat Islam begitu luar biasa.
Dalam masa lima hari pengunjung tidak putus mengunjungi pusat beli belah itu. Keadaan itu membuatkan para petugas di pasar raya Raudhah Grocer tidak menang tangan menambah stok produk berikutan sambutan yang begitu hebat.
Bermula 18 Mac lalu PKP dikuatkuasakan. Pengunjung masih lagi datang berbelanja di Raudhah Grocer walaupun jumlahnya tidak ramai seperti semasa pembukaan lalu.
Namun seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri, Malakat Mall terutama Raudhah Grocer menjadi tumpuan.

Umat Islam mencari keperluan barangan basah dan kering berikutan kerajaan tidak membenarkan umat Islam merentas negeri untuk menyambut Aidilfitri dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Produk halal dan toyyiban menjadikan umat Islam tidak ragu-ragu berbelanja di situ.
Kini sambutan diterima semakin hari semakin meningkat. Pengunjung bertali arus datang ke Malakat Mall bukan sahaja berbelanja di Raudhah Grocer malah membeli belah di premis-premis lain selain menikmati hidangan di Banch-Oh yang disediakan oleh cef-cef terkemuka.
Ini memberi semangat kepada pasukan Malakat Mall untuk terus memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan yang mahu melihat sebuah institusi perniagaan dimiliki oleh umat Islam sendiri.
Selaras Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, penulis sudah pasti ramai yang belum datang ke Malakat Mall sudah ada perancangan mahu berbuat demikian selepas 10 Jun ini.
Jika sebelum ini merentas negeri perlu ada kebenaran polis tetapi dibawah PKPP ini sudah boleh datang ke Malakat Mall.
Bagi mereka yang tinggal di luar Lembah Klang boleh datang dan berbelanja selain menikmati hidangan terbaik di Bunch-Oh.
Namun jangan sesekali lupa prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan. Walaupun wabak Covid-19 belum berakhir namun kita sebagai rakyat Malaysia sentiasa dahulukan keselamatan diri dan keluarga selain beriadah bersama keluarga di Malakat Mall.
Teruskan sokongan anda pada produk-produk Muslim. Kita yang mampu mengubah dan mengembalikan kegemilangan ekonomi umat Islam yang selama ini jauh ketinggalan berbanding kaum-kaum lain. – MT