Solat berjemaah, Jumaat berdasarkan keluasan masjid

0
190
Solat Jumaat dan Solat Berjemaah bergantung kepada keluasan masjid.

CYBERJAYA – Kerajaan secara dasarnya bersetuju melonggarkan syarat mendirikan solat berjemaah dan Jumaat berdasarkan keluasan masjid khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran itu dilakukan jika mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama dalam soal penjarakan sosial.

Menurut beliau, bagaimanapun kelulusan rasmi itu di tiga wilayah persekutuan tersebut masih tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah membentangkan dalam mesyuarat khas menteri pagi tadi dan mencadangkan pembukaan masjid diberi kelonggaran.

“Solat berjemaah dan Jumaat dulu kita hadkan hanya 30 orang saja. Tadi kita bersetuju kebenaran (solat jemaah) berdasarkan keluasan masjid. 

“Asalkan ada penjarakan sosial, kita tiada halangan buka untuk orang ramai solat berjemaah,” katanya dalam sidang akhbar harian di Putrajaya hari ini.

Pagi tadi, Zulkifli membentangkan SOP Perluasan Kapasiti Jemaah bagi Solat Jumaat dan Berjemaah.

Menurut Zulkifli, pendekatan ‘soft landing’ pembukaan masjid dan surau serta perluasan kapasiti jemaah secara bertahap telah dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan dan negeri pada 15 Mei lalu. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here