Solat Jumaat di Kedah kekal 12 orang

0
183

ALOR SETAR – Kerajaan Kedah belum membuat sebarang keputusan berhubung penambahan bilangan jemaah solat Jumaat kepada 40 orang seperti di Kelantan dan Sabah.

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata, bilangan jemaah solat Jumaat di Kedah kekal 12 orang terdiri daripada imam dan Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid sahaja.

Menurut Syeikh Fadzil, pihaknya akan menunggu sehingga kerajaan membuat pengumuman berhubung keadaan terkini Covid-19 pada Sabtu ini.

“Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Kebangsaan Malaysia (MKI) akan diadakan pada 9 Jun bagi membincangkan isu ini termasuk isu-isu berkaitan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah akan mengadakan perbincangan untuk memuktamadkan keputusan MKI di peringkat negeri sebelum dipersembahkan bagi mendapat perkenan Sultan Kedah.

Beliau berkata demikian bagi memperjelas kekeliruan berhubung dakwaan orang ramai mengatakan Kedah membenarkan solat Jumaat seramai 40 orang bermula Jumaat ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here