SOP perluasan kapasiti jemaah di masjid, surau dibentangkan

0
219

CYBERJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan membentangkan prosedur operasi standard (SOP) Perluasan Kapasiti Jemaah bagi Solat Jumaat dan Berjemaah hari ini.

Beliau berkata, pembentangan itu akan dipengerusikan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Ramai yang merindukan masjid dan surau sebagaimana juga saya. Ini adalah tempoh penting bagi sektor sosial iaitu aktiviti masjid dan surau dalam memasuki fasa strategi keluar,” katanya dalam kenyataan menerusi hantaran akaun Facebook milik beliau hari ini.

Menurut beliau, pendekatan ‘soft landing’ pembukaan masjid dan surau serta perluasan kapasiti jemaah secara bertahap telah dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan dan negeri pada 15 Mei lalu.

Tambah beliau, pihak berkuasa agama negeri dengan nasihat Kementerian Kesihatan adalah wajar bagi memastikan kesejahteraan umat Islam dan juga imej institusi masjid serta surau terus dicontohi dan disegani di peringkat dalam dan luar negara.

“Keputusannya akan diumumkan sedikit masa lagi, Insya-Allah,” katanya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here