Spa, pusat urut kaki dibenarkan beroperasi semula

0
333
Gambar hiasan. Kredit gambar dari Spa Tun Teja dan Safah Herbs

CYBERJAYA – Kerajaan membenarkan pusat spa, wellness dan urut kaki dibuka semula bermula 1 Julai ini dengan syarat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Menurut Menteri Keselamatan (Kanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan itu perlu mendaftar, melakukan pemeriksaan suhu badan, memakai pelitup muka dan mencuci tangan menggunakan cecair pencuci.

“Walaubagaimanapun, hanya pekerja warganegara Malaysia sahaja dibenarkan untuk berkerja. Mereka juga perlu menjalani saringan Covid-19 sebelum dibenarkan beroperasi.

“Pengunjung perlu memuat turun aplikasi MySejahtera bagi usaha pemantauan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, kerajaan juga bersetuju untuk membuka semula

Sektor Meetings, Incentives, Conventions & Exhibitions (MICE) serta pameran jualan dan pelancongan.

Namun begitu, katanya, hanya 250 orang dibenarkan masuk pada satu-satu masa dan mereka juga perlu memuat turun aplikasi MySejahtera bagi pendaftaran masuk.

Ismail Sabri berkata, langkah itu dibuat bagi menggalakan industri pelancongan domestik selepas menerima permohonan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here