Spend, unite, fund teras kekuatan ekonomi Islam

0
169

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Koperasi Pembangunaan Pengguna Islam (KoPPIM) komited dalam membina sebuah ekosistem ekonomi Islam bagi memajukan ummah.

Dalam satu hantaran di Facebook rasmi KoPPIM berkata, tiga aspek utama diperlukan oleh KoPPIM untuk menarik sokongan ramai menyatukan kuasa pengguna Islam Malaysia dalam membina teras kekuatan ekonomi.

Menurutnya, pengguna Islam disaran membelanjakan atau ‘spend’ dengan terus membeli produk-produk atau barangan keluaran Muslim.

“Kedua, ‘unite’ iaitu digalakkan bersama-sama satukan kekuatan wang ringgit kita di dalam KoPPIM.

“Ketiga, ‘fund’ iaitu melabur secara bulanan dengan konsisten di dalam KoPPIM serendah RM100,” kongsinya.

KoPPIM berkata, pihaknya mensasarkan dividen antara lapan peratus ke 15 peratus buat pemegang syer.

Katanya, pihaknya turut meyasarkan
pencapaian 30 billion syer pasaran dalam jangka masa 10 tahun.

“Ayuh kita bersama-sama menjadikan KoPPIM landasan utama Muslim bagi membina satu ekosistem ekonomi Islam yang baharu dan lebih adil demi untuk mengembalikan hak dan maruah kita.

“Daftar sekarang di www.KoPPIM.com.my,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here