Subky Latif meninggal dunia pada usia 80 tahun

0
186
Subky Latif

CYBERJAYA – Tokoh wartawan veteran, Ahmad Subky Abdul Latif meninggal dunia kira-kira pukul 11.05 pagi ini pada usia 80 tahun.

Berita mengenai kematian Allahyarham yang juga pengasas lidah surat khabar Pas, Harakah itu dimaklumkan oleh ahli keluarganya menerusi satu hantaran di Facebook.

“Dukacita ingin dimaklumkan ayahanda kami Subky Abdul Latif telah pun menghembuskan nafas terakhir.

“Segala salah dan silap mohon diampunkan. Doakan arwah ditempatkan bersama para Nabi, sahabat, orang-orang soleh. Amin,” katanya.

Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia akibat penyakit kanser darah yang dihidapinya.

Memoir bertajuk Anak Apak yang pernah ditulis Allahyarham

Ahmad Subky yang mengaskan akhbar lidah rasmi Pas itu pada tahun 1978 terkenal dengan ruangan tetapnya iaitu ‘Mens Sana in Corpore Sano’.

Selain itu, semasa hayatnya Allahyarham juga dilantik Pengerusi As-Sabiqun Pas Pusat dengan menghimpunkan para veteran Pas yang masih kekal dengan parti itu.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here