
CYBERJAYA – Mesyuarat kas hari ini membuat keputusan untuk membenarkan pembukaan semula surau-surau di pusat beli belah dan di kawasan rehat dan rawat(R&R) lebuh raya.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembukaan ini tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dan kepada mereka yang ingin menunaikan ibadat solat di surau perlulah mengamalkan disiplin diri dan penjarakan sosial.
Menurutnya, gerai-gerai di kawasan R&R juga dibenarkan untuk beroperasi di mana turut bersetuju untuk membenarkan
restoran, gerai-gerai makan dan semua perniagaan menjual makanan untuk beroperasi sehingga pukul 12 tengah malam.
“Namun harus ditegaskan penjarakan sosial perlu diamalkan sentiasa dan juga kebersihan diri,” katanya pada sidang akhbar harian hari ini.