Syarikat penerbangan China dilarang terbang ke AS

0
187

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYEBERJAYA – Pihak berkuasa penerbangan Amerika Syarikat (AS) telah mengumumkan untuk merancang melarang syarikat penerbangan China membuat penerbangan dua hala ke negara itu.

Memetik laporan NHK World, AS mengatakan langkah itu sebagai tindak balas atas penolakan China untuk membenarkan syarikat penerbangan AS meneruskan penerbangan ke negara tersebut.

Berikutan penyebaran coronavirus, syarikat penerbangan AS menangguhkan semua penerbangan yang menghubungkan ke dua-dua negara.

Walau bagaimanapun empat syarikat penerbangan China, termasuk Air China dan China Eastern Airlines, terus melakukan penerbangan pergi-balik ke negara itu.

Jabatan Pengangkutan AS semalam turut mengumumkan syarikat penerbangan yang membawa penumpang China akan dilarang terbang ke Amerika Syarikat mulai 16 Jun ini.

Jabatan itu mengatakan China menolak permintaan syarikat penerbangan AS untuk meneruskan penerbangan ke China mulai awal Jun.

Dikatakan pada awal Januari, terdapat 325 penerbangan penumpang dalam tempoh seminggu antara kedua-dua negara.

Larangan terbaharu ini dijangka lebih ketat sekaligus menyekat pergerakan antara penduduk kedua negara.

Jabatan itu juga memberi bayangan kemungkinan Presiden Donald Trump akan melaksanakan perintah itu sebelum 16 Jun ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here