Taska perlu jelaskan kepada ibu bapa

0
138

CYBERJAYA – Pihak pengurusan taman asuhan kanak-kanak (Taska) diminta untuk menjelaskan kepada ibu bapa sekiranya terpaksa menaikkan kadar yuran akibat peningkatan kos dan sebagainya.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tidak akan timbul isu sekiranya persetujuan antara dua pihak dapat dicapai.

“Kita faham bahawa mereka perlu membuat pelbagai proses keselamatan seperti sanitasi tempat taska dan sebagainya.

“Sama seperti tempat lain, kedai gunting rambut pun minta untuk dinaikkan sikit harga kerana tanggungan yang baharu seperti menyediakan apron pakai buang.

“Begitu juga taksa, saya harap pihak taska dapat berbincang dan memberikan penjelasan kepada ibu bapa mengapa ada peningkatan kos dan sebagainya,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here