Thailand: Tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan, hanya kes import

0
47

CYBERJAYA – Sebanyak 5 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan di Thailand hari ini, dengan semuanya dilaporkan dalam kalangan individu yang dikuarantin.

Menurut portal The Guardian, kelima-lima kes tersebut melibatkan individu yang pulang dari Arab Saudi.

“Setakat ini, kes baharu hanya melibatkan kes import,” kata jurucakap badan bertindak kerajaan berkenaan wabak Covid-19, Taweesin Wisanuyothin.

Tiada kes jangkitan tempatan direkodkan sepanjang 25 hari ini, tambah beliau.

Wabak Covid-19 di Thailand setakat ini telah meragut 58 nyawa.

Setakat ini, sebanyak 3,146 penghidap disahkan positif, dengan 3,008 kes telah sembuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here