Tiada kemalangan jiwa dalam kebakaran di HSAJB

0
228
Kebakaran di Wad Perubatan 1HSAJB

JOHOR BAHRU – Wad Perubatan Perempuan 1, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) musnah dalam satu kebakaran pada pukul 2.50 petang, hari ini.

Menurut Pengarah Kesihatan Johor, Dr. Aman Rabu, dalam kejadian itu tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan serius dilaporkan.

“Kejadian itu disedari oleh kakitangan serta waris yang berada di kawasan berkenaan.

“Pasukan Emergency Response Team (ERT) HSAJB telah memulakan usaha memadam api,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pihak bomba yang tiba di tempat kejadian pada pukul lebih kurang 3.13 berjaya memadamkan kebakaran dalam tempoh lima minit.

Dalam pada itu, beliau berkata, wad yang terlibat dalam kebakaran itu adalah bangunan satu tingkat yang terletak di hadapan kawasan parkir, dan bukan merupakan bangunan induk.

“Pesakit dan waris telah dipindahkan ke lokasi lain untuk sementara waktu atas faktor keselamatan dan bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan serta rawatan pesakit dapat diteruskan.

“Perkhidmatan di HSAJB tidak terjejeas dan masih diteruskan seperti biasa.

“Pihak berwajib sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kebakaran. Situasi semasa kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here