Tiada peningkatan kes mendadak di DTI

0
145
Gambar hiasan

CYBERJAYA –  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan tidak ada lagi peningkatan kes mendadak direkodkan di empat Depoh Tahanan Imigresen (DTI) selepas ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini susulan saringan yang sudah dilaksana di semua tempat termasuk saringan kedua, di DTI Bukit Jalil.

“Kita dah jangkakan tiada peningkatan mendadak kerana semua saringan sudah dilaksana.

“Kita juga sudah nasihat Imigresen untuk bawa kes (individu) negatif (Covid-19) pulang ke negara masing-masing,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here