Tiada penularan di Malaysia babitkan warganegara

0
106

CYBERJAYA- Tiada penularan dalam negara dicatatkan dalam kalangan warganegara hari ini walaupun terdapat tujuh kes baharu direkodkan posititif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tujuh kes baharu itu membabitkan enam kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Beliau berkata, satu kes lagi merupakan penularan di dalam negara membabitkan seorang pekerja bukan warganera yang dikesan melalui saringan untuk mula berkerja.

“Pertambahan tujuh kes baharu itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 di Malaysia ialah 8,336 kes dengan kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid- 19 adalah 1,244 kes. Mereka telah dirawat dan diasingkan.

“Pada hari ini, terdapat 281 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini. Ini merupakan jumlah discaj tertinggi pernah dicatat setakat ini.

“Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 6,975 kes iaitu 83.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga kini, sebanyak enam kes positif Covid- 19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, satu kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini dan oleh itu, jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia adalah kekal sebanyak 117 kes.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here