Tidak mudah tetapi bukan mustahil

0
297
Usia muda bukan penghalang Syahir Hassan menjadi Pengurus Jenama TGM sebuah butik pakaian lelaki.

RAUDHAH CITY – Pernah meragui keupayaan diri sendiri sama ada layakkah mengemudi sebuah premis di usia muda dijadikan satu cabaran buat anak kelahiran Puchong ini untuk melangkah jauh ke hadapan.

Bagi Syahir Hassan pada mulanya, dia tidak menyangka Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim memilih dirinya sebagai Pengurus Jenama TGM Tegomen Homme, sebuah butik pakaian lelaki dalam pusat beli belah itu walaupun enggan menerima jawatan tersebut.

Katanya, dia turut merasa bimbang kerana tidak mampu untuk mengurus butik pakaian lelaki tersebut berikutan bukan satu pekara mudah buat anak muda seperti dirinya.

“Namun begitu, saya terima cabaran ini setelah Mohd. Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil memberitahu bahawa beliau yakin dengan kemampuan saya untuk mengendalikan butik tersebut.

“Saya akui ia bukan satu pekara mudah untuk terima tawaran itu terutamanya diri sendiri selain masih muda dan tiada pengalaman membuatkan saya berusaha lebih untuk memastikan TGM ini dapat berjalan dengan baik,” ujarnya.

Tambah Syahir, selain mahu membuktikan kepada orang lain dirinya mampu lakukan, dia sering mendapatkan nasihat daripada Coach Fadzil dan Ketua Pegawai Operasi Malakat Mall, Istighfar Hamidon bagi membantu mempersiapkan dirinya menjadi yang terbaik.

Syahir menunjukkan pakaian yang mendapat permintaan daripada pelanggannya.

“Tidak dinafikan, saya turut mengalami jatuh bangun ketika ‘setup’ perniagaan ini tetapi alhamdullilah nasihat serta tunjuk ajar yang diterima daripada Coach Fadzil dan Encik Istighfar banyak membantu saya untuk melangkah terus ke hadapan.

“Ini kerana, perjalanan ini bukan mudah ditempuhi tetapi bukan mustahil untuk saya dicapai satu hari nanti,” katanya.

Anak muda ini turut memberitahu, walaupun pernah menerima kritikan ramai pihak, dia tidak pernah ambil peduli.

Sebaliknya, dia mengambil dan menjadikan ia sebagai satu motivasi untuk dirinya membuktikan pemilihannya sebagai Pengurus Jenama TGM oleh Coach Fadzil adalah tepat.

Ditanya perniagaan terkesan dengan pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Syahir mengakui ia memberi kesan.

Namun katanya, ia memberi idea baharu apabila pihaknya menerusi Malakat Mall mewujudkan perniagaan dalam talian.

Katanya lagi, perniagaan dalam talian yang baru dibuat akan mula beroperasi pada Ahad ini.

Syahir memastikan stok pakaian dalam butik TGM dalam keadaan baik.

“Jika sebelum ini, pembelian hanya secara ‘offline’ kini, pelanggan boleh membeli produk kami di dalam talian mulai Ahad ini.

“Selain pembelian dalam talian, kami juga masih menjual secara ‘offline’. Pelanggan boleh tekan pautan di tgmfashion.asia/shop untuk membeli barangan TGM.

“Kami juga ada jualan pertengahan tahun dengan memberi potongan harga dari 30 hingga 50 peratus bagi barangan terpilih yang bermula esok dan Ahad bagi pembelian dalam talian,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here