Tiga anggota TLDM maut, seorang cedera lori terbabas

0
494

CYBERJAYA – Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut, manakala seorang lagi cedera apabila kenderaan yang mereka naiki terlibat dalam satu kemalangan kira-kira pukul 1 petang tadi.

Difahamkan, lori 3 tan tersebut sedang dalam perjalanan ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Teluk Sepanggar dari Pangkalan TLDM Sandakan dalam satu tugasan rasmi.

Kenderaan tersebut hilang kawalan sejurus tiba di lokasi kemalangan di Jalan Ranau – Kota Kinabalu sebelum terbabas ke bahu jalan.

Pihak TLDM dalam satu kenyataan berkata, ketiga- tiga anggotanya yang terbunuh dikenal pasti sebagai Laskar Kanan PAP Maslim Abdul Rahim, Laskar Kelas I TNL Mohamad Firdaus Mat Izan dan Laskar Kelas I TMK Muhammad Arif Idris.

Sementara itu, seorang anggota yang cedera, Laskar Kelas II TLR Vincent M. Orel kini sedang menerima rawatan di Hospital Ranau.

“Panglima Tentera Laut menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada ahli keluarga anggota yang terlibat dalam kemalangan tersebut,” kata kenyataan itu lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here