Tudiaaa Pesta Durian di Malakat Mall

0
955

RAUDHAH CITY -Aroma dan kelazatan durian kini boleh dinikmati di Malakat Mall apabila lebih satu tan durian di jual di pusat beli belah itu bermula hari ini.

Pengusaha projek tersebut, Mohd. Abulyamin Md. Noor berkata, durian yang dibawa dari Pulau Pinang dan Pahang itu akan dijual dengan harga berpatutan kepada pelanggan bermula hari ini hingga habis musim.

“Setiap hari sebanyak satu tan durian jenis kampung dan durian kahwin diletakkan di bawah khemah bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Pelanggan boleh menikmati durian di khemah dan meja yang disediakan atau membawa pulang buah durian atau isinya,” katanya.

Mohd. Abulyamin berkata, sambutan pelanggan dilihat amat menggalakkan dan pihaknya teruja untuk membawa lebih banyak raja buah itu khasnya untuk penduduk sekitar Cyberjaya, Puchong, Putrajaya, Dengkil dan sekitarnya.

“Alhamdulillah pada hari pertama, sambutan diterima daripada pelanggan amat menggalakkan. Kami ingin menjemput lebub ramai untuk menikmati durian segar dengan kualiti yang dijamin, “katanya.

Hezlishah Mad menunjukkan isi durian yang dijual di Pesta Durian Malakat Mall

Sementara itu, menurut penganjur pesta durian tersebut, Hezlishah Mat, 33, bermula esok, pihaknya juga akan membawa durian jenis Musang King, D24, dan IOI.

Menurutnya, dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), pihaknya menyediakan bilangan meja yang terhad bagi mengelakkan pelanggan bersesak di kawasan jualan durian.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here