Wabak Covid-19 memuncak di Amerika Latin

0
98

CYBERJAYA – Kes kematian akibat Covid-19 di benua Amerika Latin sudah melebihi 100,000, kata Reuters.

Angka tertinggi kematian keseluruhan dicatatkan di Brazil, apabila sebanyak 1,374 kes kematian baharu direkodkan dalam 24 jam lalu, menjadikan keseluruhan kes kematian kepada 52,645.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 39,436 kes positif baharu direkodkan, menjadikan keseluruhan kes positif di negara tersebut kepada lebih 1.1 juta.

Sementara itu, di Mexico, sebanyak 6,288 kes positif baharu dengan 793 kematian dicatatkan, menjadikan angka keseluruhan kes positif kepada 191,140 dengan 23,377 kematian setakat ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here