WHO suarakan kebimbangan kekurangan alat penumpu oksigen

0
140
Tedros Adhanom Ghebreyesus

CYBERJAYA – Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO) menyatakan kebimbangan mengenai laporan kekurangan alat penumpu oksigen yang digunakan bagi merawat pesakit Covid-19 yang mengalami masalah pernafasan.

Menurut portal The Guardian, kebimbangan ini disuarakan tatkala angka kes positif baharu kini mencecah 1 juta setiap minggu.

“Pada waktu ini, beberapa negara melaporkan mereka mempunyai masalah bekalan alat penumpu oksigen,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Bagi meredakan keadaan, WHO telah memperoleh 14,000 alatan tersebut daripada pembuat dan bercadang untuk mengedarkannya ke 120 negara mulai minggu hadapan.

“Bagaimanapun, ketika ini permintaan melebihi kapasiti pembuatan,” kata Tedros.

Dalam pada itu, kes positif Covid-19 di seluruh dunia telah melepasi 9.4 juta, dan dijangka akan mencecah 10 juta beberapa hari lagi.

Wabak yang melanda seluruh dunia ini sudah meragut sekurang-kurangnya 480,000 nyawa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here