WHO ubah pendirian lebih efektif pakai pelitup kain

0
498
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan pelitup muka kain lebih efektif dalam mengawal penularan Covid-19.

Memetik laporan Reuters seperti dipetik Astro Awani, WHO mengubah pendiriannya terhadap pemakaian pelitup muka sejak tercetusnya wabak itu.

Sebelum ini, pertubuhan itu memperbaharui nasihatnya kepada kerajaan di seluruh dunia untuk meminta orang ramai memakai pelitup muka kain di tempat awam yang mempunyai risiko jangkitan Covid-19 bagi mengurangkan penularan virus itu.

Cadangan baharu itu susulan bukti saintifik daripada kajian dijalankan sejak beberapa minggu lalu.

Bagaimanapun WHO menekankan bahawa pelitup muka hanya satu daripada pelbagai alat lain bagi membantu mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 dan tidak sepatutnya menjadikan orang ramai terlalu selesa.

“Pelitup muka sahaja tidak akan melindungi anda daripada Covid-19,” tegas Ketua Pengarah WHO, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus kepada wartawan.

Maria Van Kerkhove, pakar teknikal WHO berhubung Covid-19 berkata kepada Reuters: “Kami menasihatkan kerajaan-kerajaan untuk menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka.

“Kami juga bercakap khususnya tentang pelitup muka kain yang bukan untuk tujuan perubatan,” kata Maria.

“Kami mempunyai hasil kajian baharu,” tambahnya.

“Kami mempunyai bukti bahawa sekiranya ia dilakukan dengan betul, ia boleh menjadi benteng yang menghalang titisan air yang mungkin berjangkit.”

Pertubuhan itu sebelum ini hanya menggalakkan pelitup muka perubatan dipakai oleh individu yang bergejala dan petugas merawat mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here