21 maut, 16 cedera bas terjunam ke dalam empangan

0
278

BEIJING – Sebanyak 21 orang maut, manakala 16 lagi cedera apabila sebuah bas yang membawa pelajar terjunam ke dalam empangan di China semalam.

Menurut laporan, bas berkenaan membuat pusingan tajam 90 darjah secara mendadak dan merentasi lima lorong jalan.

Rakaman video dalam media sosial agensi berita CCTV menunjukkan bas itu bergerak perlahan di lorong tepi, sebelum membuat pusingan 90 darjah dan merempuh penghadang jalan.

Laporan CCTV menyebut, sebahagian besar penumpang bas awam itu ialah pelajar yang dijadualkan menduduki peperiksaan khas kemasukan ke kolej, dikenali sebagai ‘gaokao’.

Bagaimanapun, punca nahas di Anshun, barat daya wilayah Guizhou itu masih dalam siasatan.

Gambar yang dirakam turut menunjukkan sebahagian besar bas dalam keadaan tenggelam, ketika misi menyelamat dilakukan. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here