5 premis maksiat diserbu DBKL

0
429
Antara barangan yang dirampas dalam serbuan oleh DBKL bersama MKN

CYBERJAYA – Sebanyak lima premis termasuk dua premis yang menyediakan perkhidmatan pelacuran di sekitar ibu negara diserbu oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Khamis lalu.

Menurut DBKL dalam satu kenyataan, dengan kekuatan 11 anggota, pihaknya dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membuat pemantauan terhadap premis-premis perniagaan yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Hasil pemantauan dan pemeriksaan, beberapa tindakan telah diambil terhadap premis W Club dan Mont Club kerana menjalankan aktiviti hiburan dan pelanggan tidak mengikut langkah-langkah penjarakan sosial mengikut SOP PKPP seperti yang telah ditetapkan.

“Premis ini diarahkan ditutup serta merta di bawah Seksyen 18(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, turut diserbu ialah premis Sky Blue Relax yang menggajikan pembantu warga asing sebagai tukang urut asing.

Salah satu premis yang diarahkan ditutup dan disita

Katanya, selain diarahkan ditutup serta merta, notis kompaun juga dikeluarkan di bawah kesalahan Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred, Industri dan Perniagaan 2016 kerana menggajikan warga asing tanpa kebenaran.

Mengulas lanjut, katanya, dua buah premis lagi yang diserbu turut didapati menggajikan pekerja warga asing sebagai pelacur.

Katanya, premis itu iaitu Winsor H dan Olden Mechat yang terletak di Danau Kota didapati membuka rumah urut dengan menyediakan khidmat pelacuran.

Katanya, kedua-dua premis itu diarahkan ditutup serta merta dan diambil tindakan sita dengan ditampal notis di pintu premis masing-masing.

Sementara itu, DBKL menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti meragukan untuk membuat aduan kepada Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here