8 orang rakyat Malaysia dibenarkan tunaikan ibadah haji

0
490
Salah seorang jemaah haji yang terpilih menunaikan rukun Islam kelima itu tiba untuk persiapan Hari Arafah

CYBERJAYA – Seramai lapan orang rakyat Malaysia menjadi antara 1,000 orang paling bertuah apabila dibenarkan menunaikan ibadat haji pada tahun ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marzuk Shaary menerusi satu hantaran dalam Facebook miliknya hari ini.

“Arab Saudi menghadkan bilangan jemaah kepada 1,000 orang tahun ini di mana 70 peratus adalah warga asing yang menetap di negara itu dan baki 30 peratus untuk rakyat tempatan.

“Lapan rakyat Malaysia terpilih, terdiri daripada pelajar dan pekerja di Jeddah, Madinah dan Riyadh,” katanya.

Arab Saudi sebelum ini menghadkan bilangan jemaah bagi menunaikan rukun Islam kelima itu berikutan penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia.

Pekerja di Masjid Namirah sedang giat melakukan kerja pembersihan sebagai persediaan menyambut Hari Arafah

Hari ini sahaja negara tersebut melaporkan sebanyak 1,968 kes baharu Covid-19.

Dengan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak itu di seluruh Arab Saudi ialah sebanyak 266,941 kes.

Angka terkorban akibat wabak itu pula kini mencecah 2,733 kes.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here