ADUN Slim meninggal dunia

0
544
Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib

CYBERJAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib meninggal dunia di Hospital Bentong, hari ini.

Berita tersebut disahkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam laman Facebook miliknya.

“Saya ingin merakamkan ucapan takziah di atas pemergian sahabat saya, ADUN Slim, Datuk Khusairi Abdul Talib yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebentar tadi.

“Saya mendapat khabar bahawa Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung,” katanya.

Pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Khusairi menang dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here