Air kelapa pandan Hydro Coco ‘laku keras’ di Malakat Mall

0
600
Hamim Syahril menunjukkan minuman Hydro Coco yang dijual di Raudhah Grocer

RAUDHAH CITY – Meskipun baru berada di pasaran ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuat kuasa, air minuman kelapa pandan jenama Hydro Coco tetap mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

Menurut Pengarah Pembangunan Perniagaan Thirty Elements, Hamim Syahril, sambutan luar jangkaan daripada pelanggan sangat mengejutkan memandangkan air minuman itu masih baharu di Malaysia.

“Produk ini sudah berada di pasaran Malaysia selama enam bulan dan berada di Malakat Mall baharu tiga bulan

“Maklum balas daripada orang ramai terutamanya di Malakat Mall sangat memberangsangkan.

“Sepanjang kita buat promosi selama dua hari di sini yang bermula semalam, lebih enam karton sudah habis terjual,” katanya kepada Malakat Tribune di sini hari ini.

Hydro Coco

Mengulas lanjut, katanya, air minuman itu mengandungi 100 peratus air kelapa pandan dan mempunyai banyak khasiat seperti tinggi kandungan fiber, kalsium dan tidak mengandungi sebarang perasa tiruan.

Malah, katanya, air minuman tersebut juga bagus untuk pembentukan tulang dan otot.

“Produk ini dibawa dari Indonesia yang mana kita ialah pengedar tunggal air jenama Hydro Coco

“Kelebihan produk ini ialah ia tinggi dengan fiber, tiada perasa tiruan, 100 peratus kelapa pandan dan produk ini tinggi dengan asid amino iaitu bagus untuk pembentukan tulang dan otot

“Selain itu ia juga tinggi dengan kalsium dan nutrien yang bagus untuk pemulihan otot terutamanya untuk ahli sukan, ia akan membantu untuk rehidrasi semula, yang mana dengan minum minuman ini ia akan dapat memulihkan tenaga dengan cepat,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, orang ramai yang berminat boleh mendapatkan air minuman itu di pasar raya Raudhah Grocer di Malakat Mall.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here