Amitabh Bachchan dan anak positif Covid-19

0
146
AMITABH BACHCHAN

CYBERJAYA – Bintang lagenda Bollywood, Amitabh Bachchan mengesahkan dirinya dijangkiti Covid-19 dan kini sedang dirawat di hospital.

Beliau dalam ciapan di akaun Twitter miliknya semalam berkata, kesemua anggota keluarga dan kakitangannya telah turut menjalani ujian dan kini sedang menanti keputusan ujian.

Amitabh,77, turut merayu supaya mana-mana individu yang berada berdekatan beliau dalam masa 10 hari lalu supaya melakukan ujian pengesanan Covid-19.

Dalam pada itu, anak beliau, Abishek,44, turut membuat ciapan bahawa dirinya juga disahkan positif.

“Kami berdua (termasuk ayah) tidak menunjukkan gejala serius,” kata Abishek dalam ciapannya.

Menurut portal The Guardian, setakat semalam, jumlah keseluruhan kes positif dilaporkan di India adalah 820,917, apabila 27,114 kes baharu dilaporkan.

Jumlah keseluruhan kematian turut meningkat kepada 22,123 apabila 519 kematian baharu dilaporkan di seluruh negara tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here