Banyak ‘bukti baharu’ muncul Covid-19 tersebar melalui udara – WHO

0
293

CYBERJAYA – Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO) mengesahkan kewujudan bukti baharu bahawa wabak Covid-19 boleh tersebar dan merebak melalui udara, namun memerlukan kajian yang lebih kukuh.

Menurut portal The Guardian, pengesahan ini muncul di sebalik gesaan sekumpulan saintis bahawa WHO tidak mengambil serius terhadap bukti baharu ini.

“Kita tidak boleh menafikan kemungkinan perebakan Covid-19 melalui udara boleh terjadi.

“Terutamanya dalam situasi yang tertentu, seperti di kawasan yang sesak dengan orang ramai, ruang yang tertutup dan kurang aliran pengudaraan,” kata pakar teknikal pencegahan dan kawalan penyakit WHO, Benedetta Allegranzi dalam satu sidang akhbar di Geneva, Switzerland awal pagi tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here