
CYBERJAYA- Buang tag saringan Covid-19 di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Itu tindakan individu tidak bertangungjawab selepas melepasi proses penyaringan Kementerian Kesihatan di KLIA.
Perkara itu dikongsikan Facebook Negeri Sembilan Kini yang turut melampirkan sekeping gambar menunjukkan tag kuarantin yang dibuang.
Di tag berkenaan terdapat tulisan KLIA dan juga tarikh 20.7.20 iaitu menandakan individu berkenaan baru tiba hari ini di KLIA.

“Ini memang jenis spesies yang pentingkan diri sendiri. Tag ni kawan sekerja aku jumpa dibalai ketibaan KLIA. Dengan selambanya manusia ini mencabut dan membuang tag ini selepas melalui proses penyaringan yang KKM jalankan.
“Sejenis manusia yang tidak berfikiran panjang dan waras, yang boleh mengakibatkan semua orang di sekelilingnya berhadapan masalah besar,” kata hantaran Facebook Negeri Sembilan Kini.- MT