California bebaskan 8,000 tahanan

0
154

LOS ANGELAS-  California akan membebaskan lebih 8,000 tahanan bagi mengurangkan kesesakan di penjara bagi mengekang penyebaran wabak Covid-19.

Menurut pihak berkuasa di Amerika Syarikat, tahanan dijangka dibebaskan akhir Ogos depan berdasarkan kelayakan bersama 10,000 tahanan yang dibebaskan sebelum ini dalam inisiatif sama sejak tercetusnya pandemik itu.

Setiausaha Jabatan Koreksional dan Pemulihan California Ralph Diaz berkata, tindakan itu diambil sebagai langkah keselamatan untuk tahanan dan kakitangan penjara.

Menurut laporan AFP, pengumuman itu disambut baik penyokong reformasi penjara berikutan lonjakan kes Covid-19 di salah satu penjara tertua di California, San Quentin.

Gabenor Gavin Newsom Selasa lalu mengatakan wabak itu tercetus di tempat tumpuan selepas lebih 1,000 tahanan diuji positif Covid-19.

Penjara San Quentin mampu memuatkan 113,000 tahanan dan antara penjara yang dikesan aktif dalam penyebaran Covid-19.

Kenyataan itu berkata, tahanan yang akan dibebaskan termasuk dari San Quentin akan diuji terlebih dulu seminggu sebelum dibebaskan.

California, antara negeri di Amerika Syarikat mempunyai kepadatan populasi penduduk paling tinggi sekitar 40 juta mengesahkan lebih 300,000 kes Covid-19 dengan 6,800 kematian akibat wabak itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here