Covid-19: 1 kluster baharu dikesan, 218 orang diarah disaring

0
257
Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kluster baharu di sebuah pasar di Stutong, Sarawak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, setakat hari ini sebanyak 218 orang penjaja telah disaring, melibatkan 213 warganegara Malaysia dan lima bukan warganegara.

“Lima orang bukan warganegara itu melibatkan tiga orang warga China dan masing-masing seorang warga Indonesia serta warga Vietnam.

“Daripada jumlah saringan ini, 56 orang telah disampel. Keputusan persampelan setakat ini mendapati dua kes dikesan positif Covid-19 dan 54 adalah negatif.

“Kluster ini dikesan hasil saringan Covid-19 bagi penjaja-penjaja pasar tersebut yang dikenalpasti sebagai salah satu kumpulan sasar dalam pendekatan tertumpu,” katanya.

Sementara itu, katanya, pasar itu telah ditutup buat sementara waktu bagi pelaksanaan aktiviti pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses pembersihan dan nyah kuman.

Katanya, punca jangkitan kluster adalah masih di dalam siasatan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here