Covid-19: 12 kes baharu dilaporkan, satu kes kematian di Sabah

0
134

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan pertambahan sebanyak 12 lagi kes positif baharu Covid-19 di seluruh negara setakat tengah hari tadi.

Daripada jumlah itu, tujuh merupakan kes jangkitan tempatan manakala selebihnya adalah kes import.

Menurut paparan yang dimuat naik di akaun media sosial kementerian itu, bagi kes tempatan, Kedah dan Johor masing- masing melaporkan dua kes, dengan Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah melaporkan satu kes.

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di dalam negara kepada 8,976 kes.

Sementara itu, sebanyak 27 kes lagi telah dikategorikan sebagai telah sembuh dan didiscaj daripada hospital.

Ini menjadikan kes yang dikategorikan sebagai masih aktif di dalam negara kepada 207, dengan kesemuanya sudah diasingkan dan sedang dirawat di hospital. Daripada jumlah itu, tiga kes disedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan satu daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Angka kematian, bagaimanapun, bertambah apabila satu kes kematian dicatatkan di Hospital Queen Elizabeth di Sabah.

Ini sekaligus menjadikan angka keseluruhan kematian akibat Covid-19 dalam negara kepada 125.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here