Covid-19: 13 kes baharu dilaporkan hari ini

0
218
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Sebanyak 13 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan dalam negara setakat tengah hari tadi.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan, pecahan kes dilaporkan adalah lapan bagi kes import, manakala lima lagi merupakan kes jangkitan tempatan.

Pertambahan ini menjadikan kes keseluruhan Covid-19 yang dilaporkan dalam negara kepada 8,956.

Dalam pada itu, terdapat lima kes diklasifikasikan sebagai sudah sembuh dan didiscaj daripada hospital, menjadikan angka keseluruhan kes yang sudah sembuh kepada 8,612.

Setakat ini, terdapat 220 kes yang masih diklasifiasikan sebagai masih aktif dan mempunyai kebolehjangkitan, dan kesemuanya sedang menerima rawatan di hospital

Dan daripada jumlah itu, sebanyak dua kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan satu daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Sementara itu, angka keseluruhan kes kematian kekal 124.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here