Covid-19: 14 kes baharu dilaporkan

0
282
Datuk Dr. Noor Hisham

CYBERJAYA – Sebanyak 14 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan tiga kes adalah kes import melibatkan warganegara Malaysia yang telah mendapat jangkitan di luar negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, baki kes itu pula melibatkan 11 kes penularan di dalam negara iaitu tiga kes adalah di kalangan warganegara dan lapan kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia.

“Di Sarawak terdapat dua kes yang mana satu kes melibatkan saringan bergejala yang telah menjalankan saringan di pusat perubatan di Kuching, dan kemudiannya dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak setelah didapati positif Covid-19.

“Manakala satu kes lagi merupakan kontak rapat kes ke-8,694 iaitu sebahagian daripada kluster Kejuruteraan Kuching.

“Kluster ini akan diperincikan di bawah Sabah melibatkan satu kes saringan pra rujukan ke Hospital Keningau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Status terkini kes hari ini

Dalam pada itu, katanya, kes jangkitan dalam negara di kalangan bukan warganegara pula adalah kes-kes saringan kontak rapat kepada kes ke-8,629 dan kes ke-8,630 di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Sepang.

Mengulas lanjut, katanya, sehingga kini, terdapat tiga kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan dua kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, Dr. Noor Hisham turut mengumumkan tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

Menyentuh mengenai pesakit yang dibenarkan discaj, katanya, hari ini terdapat empat kes telah pulih dan secara keseluruhan
jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,519 kes atau 97.7 peratus.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here