Covid-19: 3 kes import, 2 kes jangkitan tempatan dilaporkan

0
78

CYBERJAYA – Bilangan kes pesakit Covid-19 dibenarkan discaj terus mengatasi bilangan kes baharu hari ini, apabila seramai 11 lagi pesakit disahkan sembuh dan telah dibenarkan pulang.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk De. Noor Hisham Abdullah, jumlah keseluruhan pesakit yang telah didiscaj adalah seramai 8,476 orang.

Bagi kes positif baharu, sebanyak 5 lagi kes dilaporkan, yang mana 3 daripadanya merupakan kes import, dengan dua melibatkan warga negara manakala satu lagi pemastautin tetap.

2 lagi kes merupakan penularan tempatan yang melibatkan seorang warga negara dan seorang bukan warga negara. Kedua-dua kes ini dikesan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Jumlah ini menjadikan angka keseluruhan kes positif dilaporkan setakat ini kepada 8,668.

Sementara itu, terdapat 71 kes diklasifikasi sebagai aktif dan mempunyai kebolehjangkitan dan kesemuanya sedang menerima rawatan.

Dua daripada kes tersebut dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan diberi bantuan pernafasan.

Tiada kes kematian baharu dilaporkan, menjadikan angka kematian kekal 121.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here