Covid-19: 4 kes baharu hari ini, tiada laporan jangkitan tempatan

0
85

CYBERJAYA – Hanya empat kes positif baharu Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi, dengan kesemuanya merupakan kes import.

Angka baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif yang dilaporkan dalam negara kepada 8,729.

“Tiada kes jangkitan tempatan pada hari ini,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang akhbar, sebentar tadi.

Sementara itu, empat lagi kes telah diklasifikasi sebagai telah sembuh dan diddiscaj dari hospital.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kepada 8,524.

Setakat ini, terdapat 83 kes yang masih aktif dan mempunyai kebolehjangkitan dan telah diasingkan bagi menerima rawatan di hospital.

Dan daripada jumlah itu, 6 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan dua daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Angka kematian kekal 122 kerana tiada laporan mengenai sebarang kematian diterima.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here