Covid-19: 7 kes baharu, 3 akibat penularan tempatan

0
91
NOOR HISHAM

CYBERJAYA – Bilangan kes positif Covid-19 di dalam negara terus menunjukkan peningkatan apabila sebanyak tujuh kes baharu dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham, terdapat tiga kes tempatan dilaporkan, dengan empat kes import.

“Jumlah kes yang dilaporkan setakat tengah hari tadi, bagaimanapun, merupakan jumlah pertambahan harian terendah sejak 18 Julai lalu,” kata Noor Hisham dalam satu sidang akhbar, sebentar tadi.

Kesemua kes akivat penularan tempatan dilaporkan di Sabah dengan kesemuanya melibatkan warga negara.

Taburan bagi kes import pula, sebanyak dua kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan, dan masing-satu di Selangor dan Sabah.

Pertambahan kes positif baharu ini menjadikan ngka keseluruhan kes Covid-19 dilaporkan dalam negara kepada 8,904 kes.

Sementara itu, hanya satu kes dilaporkan telah sembuh dan didiscaj dari hospital.

Setakat ini, terdapat sebanyak 179 kes diklasifikasikan sebagai masih aktif dan mempunyai kebolehjangkitan, dan kesemuanya sedang dirawat di hospital.

Angka kematian pula kekal 124 setakat ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here