Covid-19: 7 kes baharu hari ini, hanya 1 akibat penularan tempatan

0
83

CYBERJAYA – Sebanyak tujuh kes positif baharu dilaporkan dalam negara setakat tengah hari tadi.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), pecahan kes baharu ini terdiri daripada enam kes import, dengan hanya satu kes jangkitan tempatan.

Peningkatan ini menjadikan kes keseluruhan Covid-19 yang dilaporkan dalam negara kepada 8,725 kes.

Sementara itu, sebanyak satu kes diklasifikasi sebagai sudah sembuh dan telah didiscaj dari hospital, menjadikan kes sembuh yang terkumpul kepada 8,520.

Setakat ini, terdapat 83 kes yang diklasifikasi sebagai masih aktif dan mempunyak kebolehjangkitan masih dirawat di hospital.

Dan daripada jumlah itu, 4 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 3 daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Kes kematian akibat Covid-19 kekal 122 apabila tiada laporan baharu membabitkan kematian diterima.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here