Covid-19: 9 kes baharu dilaporkan termasuk empat kes import

0
97
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Sebanyak sembilan kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini yang mana empat kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara iaitu melibatkan tiga rakyat Malaysia dan seorang bukan warganegara yang berkahwin dengan rakyat Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, empat kes import tersebut adalah dari Indonesia iaitu melibatkan dua kes dan Singapura serta Pakistan yang masing-masing mencatatkan satu kes.

“Daripada lima kes penularan di dalam negara, satu kes adalah bukan warganegara Malaysia iaitu kes saringan sebelum berlepas ke luar China. Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, baki empat kes penularan di dalam negara pula adalah di kalangan warganegara Malaysia di Sarawak.

“Terdapat empat kes di Sarawak yang mana satu kes saringan kontak rapat dalam kes saringan pra prosedur di Hospital Bau, Kuching dan dua kes daripada kluster Stutong, iaitu kluster baharu,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, tiada kes kematian direkodkan hari ini manakala kes yang dibenarkan discaj ialah lima kes.

“Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,546 kes atau bersamaan 97.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 96 kes,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here