Covid-19: Enam lagi kes positif dilaporkan dalam negara

0
98

CYBERJAYA – Sebanyak enam kes positif Covid-19 baharu dilaporkan di seluruh negara, hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, empat daripada kes tersebut merupakan kes import, manakala dua lagi adalah kes jangkitan tempatan.

“Bagi kes import, melibatkan individu yang baru pulang dari Singapura, Indonesia dan dua daripada Rusia.

“Kes tempatan pula melibatkan, masing-masing satu di Selangor dan Kuala Lumpur, hasil saringan di tempat kerja,” kata kenyataan tersebut.

Kes baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positof kepada 8,674.

Dalam pada itu, 5 kes telah diklasifikasi sebagai sudah sembuh dan didiscaj dari hospital, menjadikan angka keseluruhan kes yang telah sembuh kepada 8,481.

Setakat ini, terdapat 72 kes yang masih aktif dan mempunyai kebolehjangkitan, dan kesemua pesakit telah diasingkan bagi tujuan rawatan, degan dua kes dirujuk ke unit rawatan rapi (ICU) dan diberikan bantuan pernafasan.

Tiada angka kematian dilaporkan hari ini, menjadikan angka keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia kekal 121.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here