Covid-19: Hanya 1 kes import dilaporkan, tiada kes libatkan penularan tempatan

0
194
GAMBAR IHSAN KEMENTERIAN KESIHATAN

CYBERJAYA – Tahniah rakyat Malaysia!

Buat pertama kali sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimulakan pada 18 Mac lalu, tiada kes baharu Covid-19 akibat penularan tempatan dilaporkan hari ini, dengan hanya 1 kes positif baharu melibatkan kes import dilaporkan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, kes import tersebut melibatkan individu yang berumur 21 tahun yang pulang dari Turki.

“Hari ini adalah hari yang bersejarah buat kita kerana kita berjaya mencapai sifar kes penularan tempatan,” kata Dr. Noor Hisham dalam satu sidang akhbar, hari ini.

Beliau berkata, kejayaan ini merupakan hasil kerjasama semua lapisan masyarakat dalam mengamalkan kelaziman baharu dannpatuh pada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Setakat ini, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di dalam negara yang dilaporkan adalah berjumlah 8,640 kes.

Sebanyak 21 pesakit lagi telah diisytiharkan pulih dan didiscaj daripada hospital, menjadikan angka keseluruhan yang telah pulih kepada 8,375.

Ketika ini, terdapat sebanyak 144 kes masih diklasifikasi sebagai aktif dan kesemua pesakit sedang menerima rawatan di hospital.

4 daripada pesakit yang dirawat dimasukkan ke wad rawatan rapi (ICU) dengan dua daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes kematian kekal 121.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here