Covid-19: Hanya 3 kes import hari ini, kluster Masjid Sri Petaling diisytihar tamat

0
104

CYBERJAYA – Kluster terbesar Covid-19 dalam negara, kluster Masjid Sri Petaling diisytiharkan tamat hari ini.

Penamatan kluster tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah pada satu sidang akhbar, hari ini.

Dalam sidang akhbar yang sama, Noor Hisham turut berkata, hanya tiga kes positif baharu Covid-19 dilaporkan pada hari ini, dengan kesemuanya merupakan kes import.

Jumlah ini menjadikan kes keseluruhan yang telah dilaporkan kepada 8,667.

Dalam pada itu, 5 kes diklasifikasikan sebagai telah sembuh dan didiscaj dari hospital, menjadikan keseluruhan kes yang sembuh kepada 8,486.

Ketika ini, terdapat 70 lagi kes diklasifikasi sebagai masih aktif dan mempunyai kebolehjangkitan, dan kesemua kes tersebut masih menerima rawatan di hospital.

Daripada jumlah itu, 2 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan salah seorang daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Angka kematian kekal 121 apabila tiada kes kematian baharu direkodkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here