Covid-19: Hong Kong akan kembali laksanakan penutupan sekolah

0
137

CYBERJAYA – Hong Kong akan mengumumkan penutupan kembali sekolah selepas kes positif baharu Covid-19 dilaporkan semakin menaik di negara tersebut.

Sesi persekolahan di negara tersebut mula dibuka kembali hujung Mei lalu selepas ditutup sejak awal Februari bagi mengekang penularan wabak itu.

Menurut laporan portal South China Morning Post, terdapat lebih daripada 30 kes baharu dilaporkan hari ini, dan memaksa kerajaan mengenakan langkah tersebut.

Semalam, terdapat 42 kes baharu dilaporkan, dengan 34 kes jangkitan tempatan.

Jumlah keseluruhan kes positif dilaporkan di negara tersebut sejak Januari lalu adalah 1,366 kes dan telah mengakibatkan 7 kematian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here