Covid-19: Keadaan di Timur Tengah kini ‘kritikal’

0
345

CYBERJAYA – Rantau Timur Tengah kini berada dalam kritikal, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurut portal The Guardian, kenyataan tersebut dikeluarkan ketika bilangan kes positif Covid-19 di rantau tersebut sudah melebihi satu juta.

Rantau tersebut diselia pusat serantau WHO Mediterranean Timur yang meliputi kawasan dari Maghribi hingga Pakistan.

80 peratus daripada jumlah keseluruhan kematian di rantau tersebut direkodkan di lima buah negara – Mesir, Iran, Iraq, Pakistan dan Arab Saudi.

“Keadaan kini semakin kritikal,” kata Pengarah WHO Timur Tengah, Ahmed al-Mandhari dalam satu sidang akhbar video.

“Sebagai contoh, kes yang dilaporkan dalam bulan Jun sahaja sudah melebihi jumlah kes yang dilaporkan dalam empat bulan pertama kes wabak ini mula dilaporkan di rantau ini pada 29 Januari,” kata Ahmed.

Ahmed turut berkata, pertambahan kes ini turut disebabkan oleh pertambahan pengesanan kes melaui ujian, dan juga disebabkan oleh penarikan kembali larangan pergerakan yang diperkenalkan oleh negara-negara ahli dalam membendung penularan Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here