Covid-19: Kluster baharu libatkan warga emas dikesan di Johor

0
287
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Sebuah kluster baharu Covid-19 dikesan di sebuah pusat jagaan warga emas di Kluang, Johor.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan berkata, setakat ini 14 kes positif berjaya dikesan dalam kkuster tersebut.

“Berikutan kes pertama yang dilapirkan pada 19 Julai lalu, siasatan dan aktiviti pengesanan kes secara aktif telah digerakkan.

“Dan setakat ini, sebanyak 39 individu telah disaring, dengan 18 daripadanya negatif manakala 7 lagi masih menunggu keputusan,” kata KKM dalam kenyataan tersebut yang dimuat naik di laman media sosial miliknya.

Sebagai rekod, kes pertama yang dikesan dalam kluster ini merupakan satu kes kematian melibatkan seorang warga emas berusia 72 tahun yang mempunyai sejarah penyakit kronik.

Mangsa tersebut meninggal dunia sewaktu tiba di unit kecemasan hospital pada 17 Julai lalu, dan ujian mendapati mangsa positif Covid-19 pada semalam.

“Kes positif kluster ini melibatkan 11 warga emas (iaitu penghuni rumah jagaan tersebut), 1 pekerja dan 1 ahli keluarga,” kata KKM lagi.

Buat masa ini, KKM telah memulakan langkah pembendungan dan kawalan jangkitan dengan melakukan proses nyah kuman dan nyah cemar di pusat penjagaan tersebut.

Punca jangkitan kluster ini masih dalam siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here