Covid-19: Pertambahan 8 kes baharu, kini 223 kes masih aktif dalam negara

0
85
NOOR HISHAM

CYBERJAYA – Sebanyak lapan kes positif baharu Covid-19 dilaporkan di dalam negara setakat tengah hari tadi.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu lima kes merupakan akibat jangkitan tempatan manakala selebihnya adalah kes import.

“Kesemua kes jangkitan tempatan melibatkan warga negara, dengan tiga kes di Sabah, dan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Johor,” kata Noor Hisham dalam satu sidang akhbar, hari ini.

Pertambahan ini menjadikan angka keseluruhan kes positif yang dilaporkan dalam negara kepada 8,964.

Dalam pada itu, lima kes telah diklasifikasikan sebagai telah sembuh dan didiscaj daripada hospital, menjadikan angka keseluruhan yang telah sembuh kepada 8,617.

Setakat ini, terdapat 223 kes diklasifikasikan sebagai aktif berada dalam negara dan kesemuanya telah diasingkan di hospital bagi menerina rawatan.

Dan daripada jumlah itu, tiga kes dirujuk ke unit rawatan rapi (ICU) dengan satu daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Angka kematian kekal 124.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here