Covid-19: Satu lagi kluster baharu dikesan di Sarawak

0
88

CYBERJAYA – Satu lagi kluster baharu Covid-19 dikesan, kali ini melibatkan sebuah hospital di Kuching, Sarawak.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) kluster tersebut setakat ini mempunyai 6 kes positif, melibatkan lima petugas kesihatan dan seorang pekerja syarikat pembersihan.

“Kluster Sentosa ini melibatkan sebuah hospital di Kuching.

“Hospital tersebut masih beroperasi, namun tidak lagi menerima pesakit dalaman. Bagi kes pesakit luar pula, kesemuanya dirujuk ke hospital yang bersekatan,” kata KKM dalam satu kenyataan, hari ini.

Setakat ini, sebanyak 61 individu telah disaring dengan lima didapati positif dan selebihnya negatif.

Punca jangkitan masih dalam siasatan, kata KKM lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here