Covid-19: Tiada kes penularan dalam negara

0
117
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Kes penularan Covid-19 dalam kalangan rakyat tempatan terus menunjukkan tanda-tanda semakin positif apabila memasuki hari kedua berturut-turut tiada kes jangkitan tempatan yang dilaporkan hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, bagaimanapun terdapat enam kes positif Covid-19 yang dilaporkan hari ini melibatkan lima kes import melibatkan rakyat Malaysia dan satu kes bukan warganegara.

Beliau berkata, kes terbaharu itu masing-masing melibatkan empat kes di Selangor dan dua kes di Johor.

“Di Selangor melibatkan tiga kes sekeluarga yang pulang dari Indonesia dan kes tidak bergejala manakala satu kes merupakan permastautin tetap dan dua kes adalah warganegara.

“Kesemua pesakit kini dirawat di Hospital Sungai Buloh. Selain itu, terdapat satu kes warganegara yang pulang dari Mesir dan tidak bergejala. Pesakit dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, katanya, kes di Johor melibatkan dua warganegara yang balik dari Singapura dan tidak bergejala.

Katanya, pesakit itu kini dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Mengulas lanjut, katanya, tiada pertambahan kes kematian hari ini.

Sementara itu, katanya, jumlah pesakit yang dibenarkan keluar hospital hari ini ialah sebanyak 13 orang.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here