Cubaan kali kedua buahkan hasil buat Atteleth

0
154
Juara Pertandingan FameLab Malaysia 2020, Atteleth Don Peris.

CYBERJAYA – Cubaan kali kedua nyata membawa hasil buat Atteleth Don Peris apabila dia dinobatkan selaku juara Pertandingan Akhir FameLab Malaysia Kebangsaan 2020, hari ini.

Kali ini, Atteleth tampil dengan topik ‘Selamatkan Kediaman Kita Dengan Menyelamatkan Hutan Bakau’ dan berjaya menewaskan 11 komunikator sains lain daripada seluruh negara.

“Saya pernah menyertai FameLab pada tahun 2017 dan pengalaman itu banyak membantu untuk muncul juara hari ini.

“Saya yakin bila giliran akan tiba untuk mewakili Malaysia dan akan memberikan yang terbaik nanti,” kata anak muda yang berusia 28 dari Johor ini

Ditanya mengenai isu yang didebatkan, anak campuran Sabah dan Sri Lanka ini memberitahu, pemuliharaan dan pemeliharaan hutan bakau wajar diuruskan secara sistematik dan terkawal.

Kemenangan ini membolehkan pelajar sarjana Ilmu Kaji Samudera daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ini mewakili Malaysia ke Pertandingan Famelab Antarabangsa yang akan diadakan di United Kingdom (UK) semasa Festival Sains Cheltenham pada tarikh yang akan ditentukan nanti.

FameLab Malaysia dianjurkan oleh Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia untuk Teknologi Tinggi (MIGHT) dan British Council.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here