Cubaan PATI bolosi sempadan negara berjaya dipatahkan

0
221

CYBERJAYA – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya mematahkan tindakan dua kumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) di satu lokasi, awal pagi tadi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div), dalam satu kenyataan berkata, satu seksyen daripada pasukan Rejimen Ke-61 Artileri Diraja yang sedang melakukan rondaan keselamatan di sekitar kawasan Ladang Kurnia, Batu Layar, Kota Tinggi, Johor telah berjaya menangkap 7 orang PATI warga Indonesia.

Dalam tangkapan tersebut, 3 daripada yang ditahan terdiri daripada 2 lelaki dan 1 wanita difahamkan sedang cuba untuk kembali semula ke negara asal mereka.

Manakala 4 lagi yang ditahan, kesemuanya wanita, dipercayai baharu sahaja tiba.

Pasukan ATM turut merampas beberapa barangan seperti 11 buah telefon bimbit, barang kemas dan wang tunai dengan nilai anggaran kesemuanya RM28,796.

Ketika ini, pasukan keselamatan meneruskan usaha pencarian dan penjejakan di sekitar kawasan Ladang Kurnia, Batu Layar bagi mengesan saki baki PATI yang lain terutama individu yang bertindak sebagai tekong.

Kesemua yang ditahan termasuk barang rampasan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here